RSS

Laman Utama

Pusat Kemajuan Masyarakat (CDC) ditubuhkan pada 8 Mei,1968 manakala Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) pula ditubuhkan pada tahun 1981.Kedua-dua organisasi ini disatukan pentadbirannya pada 1 Jun,1982 dibawah kawalan Jabatan Ketua Menteri,Sabah.

Kewujudan UPKR/PKM adalah untuk membantu kerajaan mengubah sikap masyarakat luar bandar supaya ingin maju seterusnya menyokong/menyertai secara aktif dalam program Pembangunan Kerajaan, terutama sekali membantu pemerintah mengukuhkan kestabalian kerajaan yang sedia ada. Kedua, mendorong dan menyelaras kegiatan/usaha-usaha bercorak pembangunan masyarakat dinegeri ini.Ketiga, sebagai agensi kerajaan yang mengawasi dan pentadbiran JKKK/JKDB di seluruh Daerah Negeri Sabah.

Untuk mencapai matlamat penubuhannya, UPKR/PKM dari masa ke semasa mengadakan berbagai program latihan yang kesemuanya menekankan bidang pembangunan masyarakat.Sasaran kursus latihan tersebut adalah kakitangan peringkat kawasan dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan terutama sekali JKKK/JKDB.

Dalam bulan Januari 1995, dengan Penubuhan Kementerian Pembangunan Luarbandar (KPLB) Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) telah di pisahkan semula dengan Pusat Kemajuan Rakyat.UPKR telah diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri sementara Pusat Kemajuan Rakyat diserapkan ke dalam KPLB.

 

Comments are closed.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: